Wednesday, July 26, 2017

Masalah Virus, Apa Kesannya Kepada Komputer Anda Dan Apa Jalan Penyelesaiannya


Virus. Setiap pengguna internet perlu tahu bahawa jika tidak berhati-hati dengan virus, internet boleh menjadi sangat berbahaya dan tidak selamat. Pengguna teknologi yang paling canggih pun tidak dilindungi sepenuhnya dan terdedah kepada ancaman virus. Itulah sebabnya mengapa orang ramai perlu dididik tentang manfaat menggunakan perisian anti-virus.



PUNCA DATANGNYA VIRUS 

Manfaat utama mempunyai perisian anti virus yang terkini adalah anda akan dilindungi daripada virus yang menyerang komputer. Terdapat pelbagai jutaan jenis virus dan masing-masing mempunyai kesan bahayanya yang tersendiri. Kebanyakan virus diperolehi melalui e-mail yang telah dijangkiti atau dari pengguna yang memasuki laman web yang rosak kerana dijangkiti virus.

KEHILANGAN FILE, KOMPUTER ROSAK! 

Virus boleh menjadi sangat berbahaya kepada komputer anda. Kesannya, program akan berjalan perlahan, dokumen penting dan folder-folder akan terpadam dan memberi impak kerosakan teruk pada komputer anda, yang mana mungkin tidak dapat diperbaiki lagi. Risiko situasi seperti ini dapat diatasi dengan melindungi komputer anda menggunakan Antivirus terkini dan Antivirus yang tulen. 



SPYWARE 

Komputer anda juga akan dilindungi dari Spyware. Spyware adalah satu sistem yang dihantar oleh penggodam untuk mencuri data dan maklumat peribadi diri yang ada di dalam komputer anda seperti kad kredit, data kewangan, kata laluan dan lain-lain lagi. Para penggodam kemudian menggunakan maklumat ini untuk membuat transaksi pembelian dan urus niaga secara haram.



EMAIL SPAM 

Perlindungan anti-virus juga boleh mengurangkan jumlah email spam yang anda terima. Siapa yang suka dengan email iklan atau promosi yang datang entah dari mana. Situasi seperti ini boleh terjadi hasil daripada komputer anda yang mengandungi virus. Perisian anti-virus boleh memastikan bahawa email SPAM dapat dihalang daripada masuk ke inbox anda.

PENYELESAIAN MUDAH 

Worldofantivirus menyediakan jalan penyelesaian untuk anda memiliki Antivirus Kaspersky tulen dan terkini. Renew license atau hanya beli license Kaspersky dengan harga serendah RM 19 dan selamatkan komputer anda dari risiko-risiko seperti di atas!

Hubungi:-


1 comment:

Followers