Tuesday, December 14, 2010

Masalah Sambungan Internet Perlahan

Untuk memuat turun Installer, sambungan internet yang perlahan akan menjadi masalah. Ini kerana saiz installer besar, kebiasaanya melebihi 50MB. Jadi bagi pengguna broadband dan Streamyx mungkin masalah ini tidak timbul. Tetapi bagi pelajar di kampus-kampus yang menghadapi masalah sambungan internet perlahan, mungkin beberapa tips ini boleh membantu:

  1. Cuba download Installer Antivirus ketika waktu tidak sibuk. Contohnya waktu awal pagi, waktu pelajar lain ke kelas, waktu cuti semester.
  2. Anda boleh pergi ke kafe cyber dan memuat turun Installer. Kemudian pindahkan ke dalam Pendrive kemudian boleh digunakan di bilik nanti.
  3. Kongsi Installer yang anda ada kepada rakan-rakan lain yang memerlukannya
  4. Gunakan software "Orbit Downloader" semasa proses download.

Pihak kami tidak menyediakan CD installer semasa proses pembelian, tetapi jika anda mahukannya kami boleh sediakannya dengan cas tambahan RM 5 termasuk kos penghantaran.

No comments:

Post a Comment

Followers