Kami telah menerima beberapa email mengatakan Antivirus gagal di muat turun. Ini mungkin disebabkan fail installer yang dimuat turun rosak atau 'corrupted'. File corrupted terjadi apabila anda cuba untuk memuat turun fail yang besar dan terjadi gangguan sambungan internet semasa proses memuat turun.
Fail installer Antivirus boleh dikatakan agak besar iaitu melebihi 50 Mb. Contohnya Kaspersky Antivirus 2011 yang boleh didownload terus dari laman web kaspersky yang bersaiz lebih 100 Mb. Bagi anda yang mempunyai masalah sambungan internet yang perlahan atau tidak stabil, anda boleh menggunakan software 'Orbit Downloader' semasa memuat turun installer. Software ini percuma.Anda boleh dapatkan disini
Untuk memuat turun installer Antivirus menggunakan software ini. Apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu 'right click' pada link download dan pilih 'Download using Orbit'. Setelah selesai, anda boleh terus mengaktifkan Antivirus menggunakan installer yang telah selesai dimuat turun.
No comments:
Post a Comment